skip to main |
skip to sidebar

Murid - murid tua...

Pod, Shukri, Dr Hadi..
Salam sejahtera kepada pengunjung Blog ini.
Sebagai pengenalan dan sebagai pengetahuan kepada yang bukan keluarga kami, asas kepada Blog ini adalah dari wujudnya satu sistem kelas khas yang dinamakan Kelas Cerdas. Murid-muridnya terdiri daripada yang terpilih dari beberapa buah kelas darjah satu pada tahun 1970 dijadikan sebuah kelas khas ini yang pertama pada tahun 1971 di Sekolah Rendah Ahmad , Pekan Pahang.
Murid-murid yang seramai 34 orang terdiri dari 13 orang perempuan dan 21 orang lelaki telah menjalani kehidupan alam persekolahan didalam satu kelompok yang sama untuk satu tempoh yang panjang sehingga ke peringkat remaja di tiga sebelum berpecah ke beberapa buah sekolah lain selepas keputusan peperiksaan SRP tahun 1977.
Oleh kerana mereka-mereka ini telah menjalani kehidupan sebagai pelajar didalam satu kelompok yang sama untuk tempoh yang panjang telah melahirkan rasa keakraban antara satu sama lain sehinggalah menginjak dewasa.